jamillah on January 6th, 2009

Jom pakat ramai2 boikot Israel…jgn tengok aje kekejaman yg berlaku!!!! world,  please do something. kesian anak2 kecil yg tak berdosa tu.

p/s: gambar tu copy daripada Kak Chik’s Wardrobe, blh check kat sini ye http://www.kelatemaghi.blogspot.com

Tags:

jamillah on December 29th, 2008

1430 Hijrah…selamat tahun baru. semoga tahun baru memberi rezeki & semangat yang baru buat kami sekeluarga.

Byk peristiwa2 di tahun 2008 yg akan sentiasa di kenang. gembira, sedih & mcm2 lagi. semua tu mematangkan saya khususnya & keluarga saya amnya.

tapi…peristiwa 20/12/2008 akan menjadi peristiwa yg paling diingati. pengalaman menakutkan buat kami sekeluarga. ketika balik bercuti bercuti ke rumah ibu bapa saya, rumah parent saya DIROMPAKKKK….:-( oleh 3 perompak, bersenjata parang & kayu. mereka telah memotong besi tingkap untuk masuk ke rumah kami….masa tu lebih kurang pukul 4 pagi. dua masuk kedlm rumah, sorang lagi tunggu di luar. kami tersedar dari tidur mereka dah pun ada kat dlm rumah.

:oops :

Bapa saya cuba melawan, kesannya dia diketuk & juga jarinya terkena parang..!!!! perompak jahanam!!!!!

Mereka melarikan 2 buah laptop (kepunyaan saya & ank sedara saya), kamera cari makan saya, 3 handset (kepunyaan saya, along & mimi). duit saya & ank2 licinn…disapunya. handbag mak di bawa lari, kesian mak takde IC.

laptop & PDA kena curi? aduuuh…hilang segala data, maklumat & nombor2 telefon yg penting & juga kwn2 baik, kawan lama …..nota2 ckd dari semester pertama hingga sekrg. mana nak cari semua tu lagi? mana nak cari duit nak beli laptop yg baru? iskh..isk..isk

Sedih hati tengok bapa saya kena pukul. Sekarang ni saya dah balik ke Kuantan, tinggallah mereka berdua je..risau juga memikirkan keselamatan mereka.

“YA ALLAH…LINDUNGILAH KEDUA IBU BAPAKU, SESUNGGUHNYA HANYA PADAMU TEMPAT KAMI BERLINDUNG”

jamillah on December 11th, 2008

Hari ni saya rasa terpanggil nak tulis pasal hospital ni…sbb dah dua hari kena ulang alik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),Kuantan….hmmm putera sulung (Naqib) kami masuk wad. Bukanlah nak cerita pasal Naqib, dah sakit kenalah masuk wad kan. Kami redha…..tapi saya nak cerita pasal attitude sesetengah orang yang datang melawat tu.

Hospital, tentulah penuh dgn pesakit yg macam2 jenis. Depan katil Naqib tu adalah seorang pakcik tu….ramailah saudara-mara, jiran tetangga & kawan2 dia datang. Alhamdulillah, seronok bila ramai org dtg melawat kita yang tak sihat ni. Tapi bila dah habis waktu melawat tak reti2 nak balik,..bersembang sakan (cam kat kedai kopi jer…), siap posing ambik gambar lagi, bising dgn anak2 bermain kejar2, terjerit2. Saya yang tak sakit ni pun jadi sakit…pening kepala. Kalau orang sakit tah mcm mana…

Mereka tak fikir ke pasal orang lain yg juga ada kat situ…orang sakit. Mana adab kita apabila menziarah orang yang sakit. Menziarah orang yg sakit memang dpt pahala…tapi menyebabkan org lain bertambah sakit boleh dpt pahala ke…????

Sekadar luahan rasa hati yg tak puas hati…kita bukan main lagi ajar anak kita bersikap sopan & senyap kat hospital. Tapi anak org lain buat mcm tu…mulalah mereka pun tanya “KENAPA ORG TU BOLEH BISING??? KITA IBU TAK BAGI BISING????…

HAH…apa korang nak jawab?

 

jamillah on December 6th, 2008

kenapa saya tulis tajuk ni erk?..berbaik sangka tu ada banyak faedahnya..

  1. hubungan persaudaraan & persahabatan akan menjadi lebih baik
  2. tidak berlaku penyesalan, InsyaAllah
  3. sentiasa berbahagia & bersyukur atas segala kejayaan org lain…he he he walaupun kita belum dpt mencapainya.

moralnya…bila kita mendapat sesuatu berita yg negatif berkait dgn peribadi seseorang…selidiklah dulu!!! Jgn terus mempercayainya. semua mukmin tu bersaudara.

tak baik buruk sangka ni. berdosa kerana mengganggap org lain tidak baik hanya kerana berita negatif. selidik dulu ….jangan rosakkan perhubungan atau persahabatan yg terjalin kerana satu sangkaan buruk yg tidak jelas faktanya. godaan syaitan mmg macam2…sama2lah kita ingat tu.

jamillah on November 29th, 2008

gambar2 ni di ambil semasa dlm perjalanan ke sesuatu tempat. saja suka2..tengok je laaa…cuci mata, kalau tak suka ignore je..

 

 

 

 

somewhere kat Pekan, Pahang. on the way balik Johor….

 

 

 

 

 

Pulau Perhentian, Terengganu…percutian yg tidak dirancang…terjah je..hihihi

 

 

 

 

 

Beserah, Kuantan…boring tunggu Aisyah balik sekolah.

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur Selangor..paip gergasi.

 

 

 

 

 

somewhere kat highway KL - Kuantan.

 

 

 

 

 

somewhere…tak ingatlah kat mane.